Alhamdulillah anak adalah amanah dan permata yang tidak ternilai bagi kita semua.Tapi bukan semua dari kita yang dapat memilikinya dengan mudah walaupun sudah beberapa lama berkahwin.Tetapi kita tidak boleh menyalahkan takdir dan mesti terus berusaha dan berdoa kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika tidak mampu.
Nabi Zakaria juga pernah berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan zuriat yang berbunyi seperti di bawah
“Dan ingatlah kisah zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: “ Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri( tidak mempunyai zuriat kerturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) -Surah Al-Anbiya’: ayat 89
Statistik menunjukkan 1 dalam 6 pasangan suami isteri mengalami masalah
kesuburan. Kira-kira 40 peratus daripada kes pasangan suami isteri yang
mengalami masalah kesuburan adalah disebabkan oleh masalah kesuburan wanita, 40
peratus masalah kesuburan lelaki, dan sepuluh peratus melibatkan masalah
kedua-dua pasangan, serta baki selebihnya sepuluh peratus, adalah
daripada punca yang tidak dapat diketahui oleh perubatan moden.Masalah seperti
- Endometriosis-satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvik. dan punca penyakit masih lagi tidak diketahui.Apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk membantu proses persenyewaan dan jika tiada proses persenyewaan berlaku, dinding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya, darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita. Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.
- Fibroid-ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim iaitu lapisan otot. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.
- Kitaran haid yang tidak menentu dan kekurangan sperma- keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.
- Kerosakan tiub fallopio-Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam sistem reproduktif wanita. kerana saluran inilah benih lelaki bergerak untuk bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.
Bilangan sperma yang rendah atau oligospermia adalah keadaan di mana bilangan sperma yang dikeluarkan semasa ejakulasi, Jumlah sperma yang dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi adalah sperma kurang dari 15 juta sperma setiap mililiter air mani.Apabila ketiadaan langsung sperma di dalam air mani dipanggil “azoospermia”. Punca kekurangan sperma atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin (gonorrhea, Chlamydia atau bengkak buah zakar disebabkan oleh masalah benguk (mumps) di mana saluran air mani yang mengalir dari testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga akan menyebabkan tiada pengeluaran air mani oleh seseorang lelaki.
Pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan dan diluluskan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
|
- GLA+Alfaffa untuk perempuan
- Zinc+VitE untuk lelaki
Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh
dari EPO...ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid)
- GLA
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik
Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula
prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan.
Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah,
mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia
juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan
tekanan darah
FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan
yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA.
Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan
dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal
kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA
juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama
bagi yang ingin mengurangkan berat badan.
SIAPA
YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre
Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap
arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah
kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat
badan
- Alfaffa Shaklee
Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien di mana akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita.
- Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.
- Selain itu dapat melegakan sakit sendi dan belakang.
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
- Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
- Merawat arthitis dan athma
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Sesuai untuk elergi dan ekzema.
- Meningkatkan stamina seorang suami
- Mencuci usus bagi membuang toksik dan melegakan sembelit
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
- Membuang angin dalam badan
- Meneutralkan asid dalam badan
- Sebagai Milk booster untuk ibu menyusu anak
- Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
- Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
- Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
- Zinc Compleks
Zink boleh diperolehi dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga dapat menyambuhkan luka dengan lebih cepat.Salah satu kehebatan Zinc adalah penting untuk memelihara kesihatan sperma dan kesuburan
Zinc Complex diperlukan oleh
- Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
- Wanita Mengandung dan Menyusu
- Orang yang menjalani pembedahan dapat mengurangkan jumlah zink yang diserap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
- Vegetarian perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
- Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi melebihi 6 bulan
KEBAIKAN Zinc Complex
- Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kancer
- Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
- Kanser prostat - dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
- Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
- Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat
- Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
- Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
- Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
- Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
- Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam
Gegala kekurangan Zinc
- Ia menyebabkan pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
- perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
- rambut gugur & cirit-birit
- masalah dengan penyembuhan luka
Vitamin E Shaklee
Vitamin E Shaklee vitamin E mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda.label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.
Mengapa Vitamin E penting
Mengapa Vitamin E penting
- Awet muda
- Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
- Mengurangkan parut
- Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
- Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
- Merawat masalah keintiman
- Merawat masalah seksual lelaki
- Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
- Surah Maryam , ayat 31 hingga48
- Surah Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
- Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
- Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
- Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
- Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140
Terima kasih sudi membaca.
Anda mahu mendapatkan supplemen yang sesuai & berbaloi untuk anda dan keluarga disamping
menjana pendapatan sampingan dari rumah?sila hubungi saya untuk keterangan secara percuma..

Suriani
Shaklee ID : 965320
018-4692674 (Call, SMS, WhatsApp)
Shaklee ID : 965320
018-4692674 (Call, SMS, WhatsApp)


.jpg)



