Social Icons

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

PERMATA HATI DENGAN VITAMIN SHAKLEE

PERMATA HATI DENGAN VITAMIN SHAKLEE






Alhamdulillah anak adalah amanah dan permata yang tidak ternilai bagi kita semua.Tapi bukan semua dari kita yang dapat memilikinya dengan mudah walaupun sudah beberapa lama berkahwin.Tetapi kita tidak boleh menyalahkan takdir dan mesti terus berusaha dan berdoa kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika tidak mampu.
Nabi Zakaria juga pernah berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan zuriat yang berbunyi seperti di bawah

“Dan ingatlah kisah zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: “ Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri( tidak mempunyai zuriat kerturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) -Surah Al-Anbiya’: ayat 89
     

Statistik menunjukkan 1 dalam 6 pasangan suami isteri mengalami masalah kesuburan. Kira-kira 40 peratus daripada kes pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan adalah disebabkan oleh masalah kesuburan wanita, 40 peratus masalah kesuburan lelaki, dan sepuluh peratus melibatkan masalah kedua-dua pasangan, serta  baki selebihnya sepuluh peratus, adalah daripada punca yang tidak dapat diketahui oleh perubatan moden.Masalah seperti

  •  Endometriosis-satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvik. dan punca penyakit masih lagi tidak diketahui.Apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk membantu proses persenyewaan dan jika tiada proses persenyewaan berlaku, dinding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya,  darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita. Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

  • Fibroid-ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim iaitu lapisan otot.  Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.







  •  Kitaran haid yang tidak menentu dan kekurangan sperma-  keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.
  •  Kerosakan tiub fallopio-Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam sistem reproduktif wanita. kerana saluran inilah benih lelaki bergerak untuk bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.
 Masalah kekurangan sperma-
Bilangan sperma yang rendah atau oligospermia adalah keadaan di mana bilangan sperma yang dikeluarkan semasa ejakulasi, Jumlah sperma yang dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi adalah sperma kurang dari 15 juta sperma setiap mililiter air mani.Apabila ketiadaan langsung sperma di dalam air mani dipanggil “azoospermia”. Punca kekurangan sperma atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin (gonorrhea, Chlamydia atau bengkak buah zakar disebabkan oleh masalah benguk (mumps) di mana saluran air mani yang mengalir dari testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga akan menyebabkan tiada pengeluaran air mani oleh seseorang lelaki.

Pelbagai rawatan moden yang boleh dilakukan dan diluluskan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

  • IU(intrauterine insemination
  • IVF(invitro fertilization)
  • ICSI Intracytoplasmic sperm injection
  • Gamete intrafallopin Transfer(GIFT) 

Vitamin shaklee untuk kesuburan mengandungi 

  • GLA+Alfaffa untuk perempuan 
  • Zinc+VitE untuk lelaki





Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO...ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid)




  • GLA
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

  • Alfaffa Shaklee

Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien di mana akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita.

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.
  2. Selain itu dapat melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis dan athma
  6. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  7. Sesuai untuk elergi dan ekzema.
  8. Meningkatkan stamina seorang suami
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik dan melegakan sembelit
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  11. Membuang angin dalam badan
  12. Meneutralkan asid dalam badan
  13. Sebagai Milk booster untuk ibu menyusu anak
  14. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  15. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  16. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  17. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)    
  • Zinc Compleks

 Zink boleh diperolehi  dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga dapat menyambuhkan luka dengan lebih cepat.Salah satu kehebatan Zinc adalah penting untuk memelihara kesihatan sperma dan kesuburan
 Zinc Complex diperlukan oleh
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang menjalani pembedahan dapat mengurangkan jumlah zink yang diserap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian   perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi melebihi 6 bulan
KEBAIKAN Zinc Complex
  • Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang kancer
  • Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  • Kanser prostat - dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  • Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti  jerawat
  • Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  • Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  • Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  • Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam 
Gegala kekurangan Zinc
  • Ia menyebabkan pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
  • rambut gugur & cirit-birit
  • masalah dengan penyembuhan luka
Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee vitamin E mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda.label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mengapa Vitamin E penting

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi                                  

Antara surah Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mendapatkan zuriat
  • Surah Maryam , ayat 31 hingga48 
  • Surah Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
  • Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
  • Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
  • Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
  • Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140
Terima kasih sudi membaca.

Anda mahu mendapatkan supplemen yang sesuai & berbaloi untuk anda dan keluarga disamping
 menjana pendapatan sampingan dari rumah?sila hubungi saya untuk keterangan secara percuma..


Suriani
Shaklee ID : 965320
018-4692674 (Call, SMS, WhatsApp)










Monday, 8 July 2013

Mengenali Blog

Assalamualaikum,

Pagi ni kami di faezarham.blogspot.com nak berkongsi sedikit tentang perkara-perkara asas yang patut diketahui oleh mana-mana individu yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog. Kalau lesen kereta, entri pagi ni mcm buku yang sekolah memandu bagi kat kita untuk hafal before ambil exam bertulis tu la. Memang entri introduksi kepada dunia blogging.

Sebenarnya, kandungan di dalam entri ini adalah sedutan daripada mini-tutorial yang kami sediakan semalam untuk para pelanggan yang memerlukan bantuan pihak Zulfae Solution membangunkan blog bagi pihak mereka. Kami merasakan yang para 'pelanggan' terutama yang baru pertama kali ingin terlibat dalam dunia blog perlu diberi pendedahan asas sebelum blog mereka dibangunkan sebab setiap individu mempunyai cita-rasa yang berbeza. Sesetengah orang sukakan blog yang comel dan pinki manakala individu lain mungkin sukakan blog yang 'clean and clear'. Dan oleh kerana kami merasakan yang nama, alamat blog dan gaya sepatutnya lebih bersifat personal dan mencerminkan jati diri blogger, kami rasa adalah menjadi tanggung jawab kami untuk pimpin pelanggan kami dan juga pengunjung blog kami agar anda dapat memperoleh blog yang ideal bagi diri dan keperluan perniagaan atau institusi anda.

Kita mulakan perjalanan mengenali blog kita ni dengan melihat gambarajah dibawah. Lihat dengan muka yang senyum dan beritahu diri anda "senang je blog ni, tak banyak pun nak kena amik kisah". Ye, blog memang senang tuan-tuan dan puan-puan. Sungguh mudah sekiranya kita faham apa yang dia tawarkan dan tahu apa yang kita nak buat dengannya. Ok, dah puas tengok gambarajah ni dah? Oh, belum lagi. Ok ok..tengok dulu. Dah habis, skroll down sebab kita nak sembang sikit setiap part yang kita highlight ni okay? Cun :)




Alamat blog:

Ini adalah amat penting. Pengunjung akan sampai ke blog anda melalui alamat ini. Cuba fikirkan alamat blog yang tidak terlalu panjang dan tidak sukar untuk dieja seperti arnoldschwarzenegger.blogspot.com (contoh).


Bagaimana untuk tahu alamat itu masih wujud atau pun tidak? Senang je, katakana anda nak alamat tu adalah sususihat.blogspot.comCuba taip alamat tu di Internet browser anda (Chrome ke Firefox ke). Kalau keluar blog orang lain, maksudnya alamat blog tu telah diambil orang la. Cuba alamat yang lain pulak. Gambar dibawah menunjukkan yang alamat blog kami adalah faezarham.blogspot.com. 

Latihan: Cuba check sususihat.blogspot.com dimiliki oleh siapa?

Hukumnya: Wajib ada.

Nama Blog:

Ini lah identity blog anda. Nama yang terpapar di banner blog anda. Nama blog tidak semestinya sama dengan alamat blog. Namun, kebiasaannya blogger menggunakan nama blog yang hampir sama dengan alamat blognya. Contohnya, blog kami menggunakan faezarham.blogspot.com dan nama blog yang kami pilih adalah Faeza & Arham.

Latihan: Cuba google "Shaklee Blog" dan tengok hasilnya. Cuba tengok apa nama-nama blog top Shaklee. Pada hemat kami, nama-nama blog top Shaklee lebih bersifat kekeluargaan. Anda rasa bagaimana?

Hukumnya: Wajib Ada


Tag Line :

Tag line adalah seperti deskripsi blog anda. Contoh tagline; Sihat Cantik Menawan dengan Shaklee atau Shaklee Independent Distributor. Secara asasnya, bila pengunjung bukak je blog anda, terus dia tau blog anda ni blog apa. Macam tagline di atas tu, pengunjung terus la faham yang blog ni blog pengedaran Shaklee. Be creative.

Hukumnya: Sunat


Kategori:

Kategori ni sebenarnya memudahkan pengunjung anda melayari blog anda. Katakan anda pengedar Shaklee dan Premium Beautiful, anda boleh gabungkan dua usaha murni anda ni dalam satu blog. Kita boleh buat dua kategori, Shaklee dan Premium Beautiful. Jadi, bila pengguna klik butang kategori Shaklee, hanya post-post berkaitan Shaklee sahaja lah yang dipaparkan. Begitu juga dengan Premium beautiful. Sekiranya anda hanyalah pengedar Shaklee, anda boleh gabungkan dengan kategori-kategori yang lain seperti perkongsian ilmu kesihatan atau kecantikan atau perihal mendidik anak-anak. Apa sahaja yang bermanfaat.

Kenapa saya cadangkan begini? Bukan nak tambah kerja anda tetapi nak bagi lebih banyak pengunjung yang jumpa blog anda sebab blog anda informatif. Ada nilai tambah. Contohnya seperti blog contoh kami, saya bercadang untuk kongsikan ilmu pemasaran dan tips blog. 

Malah, blog sahabat kami, mariafirdaus.com.my juga berkongsi pelbagai maklumat yang cukup menarik. Ada motivasi, hal kesihatan, kecantikan, keagamaan dan Shaklee. Tidak la saya nak suruh anda buat sedimikian, tapi cuba tanya diri anda, selain dari Shaklee, apa yang anda ingin kongsikan dengan orang lain. Benda yang anda suka dan minat. Benda yang kalau orang tak suruh pun anda nak menulis dan post jugak. Kalau dapat yang macam tu.. awesome!

Tips #1: Anda boleh join-force dengan pasangan untuk memeriahkan lagi kandungan blog anda. Dua orang, dua minat berbeza (hatta minat yang sama pun tidak mengapa). Secara tidak langsung, blog anda akan menjadi lebih informatif. 

Things to ponder: Ramai orang boleh ada blog seperti ramai yang boleh masak nasi goreng. Tapi, nasi goreng pun ada maqam dan pengisian yang berbeza. Ada nasi goreng kosong, ada nasi goreng yang penuh dengan isi. Rata-rata kita mestilah gemar nasi goreng penuh isi kan, begitu juga lah pengungjung blog. Mereka sukakan blog yang penuh dengan maklumat dengan gaya yang santai (Kalau ilmiah sangat, rasa macam back to school pulak nanti.)

Tips #2 : Elakkan dari copy paste semata-mata. Walaupun copy paste lebih baik dari kosong, jadi la luar biasa dengan tulis dengan gaya bahasa dan style anda. Acapakali, bahasa yang macam kita tulis email atau message di Facebook lebih mudah diterima pengunjung dari bahasa yang kaku seperti bahasa buku. So, kalau la anda jumpa satu artikel menarik di majalah ke atau website rasmi (Health Digest contohnya), anda baca, fahamkan dan tulis dengan gaya bahasa anda. Bam! Unique content detected. Kena pulak gaya bahasa anda sama frequency dengan gaya bahasa org yang search kat Google. Terpaksa la orang tu datang ke blog anda dan rela ke tidak, terpaksa la anda biarkan dia baca artikel yang dia nak baca berserta dengan entri-entri Shaklee anda yang lain. Dalam 100 yang masuk, takkan 5 pun tak lekat kan. Kalau 1000 per hari? Haa, dah berapa tu?

Hukumnya: Sunat yang dituntut.


Page Fan FB

Ini merupakan amat penting. Blog tanpa Fan FB ibarat telaga yang kontang. Statik dan kurang bermaya. Dengan adanya FB fan page dan pengunjung like fan page anda anda sebenarnya bagaikan telah berjabat tangan dan bertukar-tukar kad perniagaan. Manakan tidak, bila dia dah like fanpage anda, setiap yang anda post di FB Fan page anda, besar kemungkinan akan terpapar di wall fan anda. Justeru, apa juga yang anda post di blog (still kena post di blog, untuk amik hati Google), repost ke Facebook Fan Page. So kalau taka da lagi, kita kena buat la. Rugi sangat-sangat kalau tak buat.

Tips #3: Elakkan pakai tool yang repost entri blog anda ke Facebook secara automatik. In fact, saya berani kata JANGAN PAKAI. Siap dengan huruf besar lagi. Tapi kenapa? Kan mudah ye tak? Betul, memang mudah. Tapi jom kita recall balik, apa tujuan kita repost kat FB? Sebab kita nak lebih ramai yang aware pasal entri blog kita kan? Tapi kalau kita pakai tool yang automatically repost to our FB fan page tu, kita bagaikan dengan sengaja sabotaj diri dan blog kita sebab Facebook dengan muka selamba badaknya dan dengan sengajanya meng-anak tirikan mana post yang dibuat oleh automatic tool tu. Elok-elok 400 dari 1000 kawan anda boleh tengok apa yang anda post (secara manual), kalau pakai tool, silap-silap tak sampai 100 pun. Itu lah cerita sebenarnya. Lebih lanjut anda boleh baca kat sini : http://www.elirose.com/2011/05/networked-blogs/

Ala, bukannya susah pun untuk repost manually. Tak sampai 30 saat. Copy alamat entri kat browser tu, masuk FB dan paste. Komen la sikit-sikit dan hantar. Siap. Jika anda mmg tidak pernah berhajat untuk menggunakan tool automatik ini, tahniah kami ucapkan kerana anda adalah orang yang rajin dan bersemangat waja.

Hukumnya: Wajib


Instagram Feed.

Bergantung pada Mak Shaklee anda, hukum instagram boleh jatuh sunat ataupun wajb. Apa yang bagus dengan Instagram Feed ini, ia akan membuatkan blog anda kelihatan lebih personal dan jujur. Secara tanpa sedarnya, pengunjung bagaikan telah di program yang manusia kalau dia dedahkan nama dan mukanya secara terbuka demikian, manusia ini lebih takut untuk menipu atau memperdayakan pengunjung. Sebab tu kita lihat, blog Shaklee yang top-top, rata-rata owner mereka tidak bersembunyi disebalik screen kan. Semuanya tunjuk profile picture atau instagram feed dengan yakinnya. Keyakinan ini lah yang akan terpindah kepada pengunjung blog anda. Tapi ingat, memandangkan apa yang anda share di Instagram adalah bersifat ‘public sharing’, jangan la tersilap hantar pulak ye. Susah nanti.


Nota: Untuk dptkan akaun instagram, anda memerlukan telefon pintar (Android ataupun iPhone) dan install Instagram app dari market (Google Play untuk Android, Apple Apstore untuk iPhone). Register akaun dari app tersebut.

Hukumnya: Sunat / Wajib



Okay, dah habis dah sembang-sembang kita pasal perihal asas blog. Sebenarnya tak la asas sangat bila kita dah cakap implikasi dan kelebihan setiap perihal di atas tu.

Next entry akan saya letak sekali soalan-soalan yang boleh anda gunakan sebagai panduan memperoleh blog impian anda. Kepada mereka yang rasa nak minta kami bantu mereka realisasikan blog kalian, cuba jawab soalan-soalan dibawah dan kita sembang di FB untuk fine tune blog yang macam mana anda ingin kami buatkan. Lagi detail anda boleh jawab, lagi awesome la anda :)

So, amacam? Masih boleh berkasih sayang dengan blog? 


 

Suriani Shaari

Suriani Shaari, 2013
Pengedar sah Shaklee di sekitar Kepala Batas dan Pulau Pinang.

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 018-469 2674 atau 017-5454558.

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.